Tuesday 11 February 2014

suplemen yg saya ambil semasa hamil

Pengalaman hamil anak pertama dan kedua memang berbeza. Masa anak pertama saya ambil set hamil dan set bersalin salindah. Masa tu ada kawan offer jual harga RM350.Disebabkan masa study kt UiTM dulu kawan saya ada ambil suplemen Salindah, saya pun nk mencuba di samping nk tolong kawan. 

Masa hamil anak pertama, trimester pertama memang morning sickness teruk. Pagi waktu gosok gigi dan malam pas maghrib je mesti muntah. Rasa tak bermaya sangat- sangat. lemah seluruh badan lepas muntah. Masa trimseter pertama ni selera makan memang tiada langsung. Makan pun sekadar utk mengalas perut.  Sepatutnya kene sentiasa makan walaupun sedikit. Barulah perut tak dimasuki angin. Setiap hari melalui situasi yang sama. Rasa sprt dah tak mampu. Bile check up berat turun. Tetapi nurse tak kata apa sbb trimester pertama ni kebanyakkan ibu2 hamil beratnya akan turun. Alhamdulillah, masuk je trimester kedua, (empat bulan) selera makan dh kembali ok. Masa ni memang selera je makan ape pun. Bile pergi pasar malam, nampak je makanan sedap mesti terus beli. [dlm hati takut nnt anak lahir air liur dia meleleh lak]. 

Bile dah masuk 6 bulan, time check up, nurse yang memeriksa tegur berat badan naik lebih dari yang sepatutnya. Nurse suruh saya diet. Alamak, nak diet tu yang payah. Perut tak boleh biar kosong. Bile perut kosong, angin masuk.... hm lepas tu sendiri tanggungla akibatnya. Hm, camne nak diet ni? Saya mula risau.. Ok, lepas ni kene kurangkan kuantiti makanan lah... Perlahan2 saya cuba kawal. Ingat lagi masa tu, saya siap beli penimbang utk pantau berat ketika hamil. Bila seminggu lagi nk check up, saya mula timbang berat setiap hari bagi memastikan berat tidak naik mendadak. Kna pantau ni sblm kene bebel dengan nurse lagi. Nurse pun siap bagi tarikh datang sekali lagi untuk minum air gula. Huhu, nak elak daripada kene minum, akhirnya kene minum jgk air gula. 





Di pendekkan cerita saya bersalin pada minggu ke-40. Lewat 3 hari daripada tarikh jangkaan yang sepatunya. Tarikh jangkaan bersalin pada 4 Julai 2010. Tetapi bersalin pada 7 Julai 2010. Bersalin secara pembedahan. Berat lahir 3.5 kg.


Damia Irdina selepas beberapa hari dilahirkan


Masa hamil anak kedua, trimester pertama masih juga mengalami morning sickness yang teruk. Loya, muntah2. Tak sanggup rasanya nk melalui saat2 begini sekali lagi. Masa bulan ke-3 mula kenal shaklee dan masuk bulan ke-4 mula ambil shaklee. Masa tu ambil B-Complex, Vita-C, Ostematrix dan Vita-lea. 



Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:
Imah
♥ sms/whatsApp: 013-6291099
♥ Emel : rahaimah140503@gmail.com 
♥ Layari fb Saya : www.facebook.com/syarahaimah




No comments:

Post a Comment